Ada apa dengan surat?

Kehadapan saudari. Amando. Apa khabar? Saya di sini sihat-sihat belaka dan harap awak juga begitu disamping keluarga/boypren tercinta.  

Alamak, mcm rindu pulak nak tulis surat tak rasmi ni. Zaman global sekarang semua dah maju, tulis surat kiriman ni nak pergi mana? heh. Ada. Memang ada tulis, tapi masa ujian dekat sekolah jelah. Itupun setiap tahun cikgu ajar benda sama, format sama.Tapi, aku tetap salah format. Hish itulah orang kata jangan berlagak pandai sangat kalau tahu diri tu kurang pandai. Oh, kalau takpun, untuk urusan rasmi. Setakat hantar surat dekat kawan lama, kawan baru tu semua sekarang 'Yoo brothaa, gimme your facebook email, it's easier to keep in touch' Hoyeeeeh (: Tapi kalau internet kau kena potong sebab 3 bulan tak bayar, kan susah jugak o.o

Sebenarnya, aku sendiri pun tak paham kenapa nak post pasal ni. Tapi makin lama dunia makin maju kan. Macam-macam benda dah jarang pakai sekarang. Ada orang pakai telefon yang tigatigasepuluh tu? Ada lah kot, jarang. Tu untuk sesiapa yg gemarkan 'vintage'. Ada orang pakai basikal yang ada bakul tu sekarang? ada tapi jarang. Hoi orang sekarang kayo, pakai fixie (:

Dah, habis cerita dah.
Jumpa lagi byebye (: <3